Thursday, 28 February 2013

Did you know that Allah SWT give us gifts?

     Allah give us gifts! But then we often become dependent on those gifts instead of Allah . When Allah give us money, we depend on the money and not Allah. When Allah gives us people, we depend on people and not Allah. When Allah gives us status or power, we depend on and become distracted by these things. When Allah gives us health, we become deceived. We think we will never die. Allah gives us gifts but then we come to love them as we should only love Allah SWT.
     We take those gifts and inject them into our heart until they take over. Soon we cannot live without them. Every waking moment is spent in contemplating of them in submission and worship to them. The mind and the heart that was created by Allah, for Allah becomes the property of someone or something else. And then the fear comes. The fear of loss begins to cripple us. The gift that should have remained in our hands - takes over our heart so the fear of losing it consumes us. Soon what was once a gift becomes a weapon of torture and a prison of our own making. How can we be free of this? At times in Allah infinite mercy. Allah free us by taking it away.
 
P/S :   When people hurt you over and over, think of them
              like a sand-paper. They may scratch you and hurt
              you a bit but in the end, you end up polished and
              they end up useless.
 

Tuesday, 26 February 2013

Hebatnya kasih ibu...

Aku terkedu melihat beberapa photo ini...

Alangkah hebatnya kasih ibu ini! Sanggup pertarungkan nyawanya demi kasih kepada anaknya.
 
 
 
 
P/S :   My mother gave me life & never once asked for
             anything in return. That is her secret you know;
             always giving without expectations. She's as
             constant as the sunrise, the moon, the stars &
             I count on her. She helps me find my way through
             the years & makes me laugh while doing it.
             There are somethings that only a mother can do.
              Mak... how I miss you so much!


Ya, ALLAH, tolong ingatkan aku...

Setiap kali aku berasa sepi tolong ingatkan aku, ya Allah
Bahawa aku tidak pernah sendiri.
Setiap kali aku gembira tolong ingatkan aku, ya Allah
bahawa hidup ini penuh cabaran.
Setiap kali aku jatuh & tersungkur tolong bangunkan aku, ya Rabb
agar jatuhku pada kali ke 7 dan bangkit untuk kali ke 8 nya.
Celikkan mataku pada pintu-pintu lain yang terbuka dan
tidak merenung pada pintu yang terkunci
sesungguhnya aku ini insan yang lemah, ya Rabb
gagah sekejap dan goyah berpanjangan.
Setiap kali aku leka tolong sedarkan aku pada maut, ya Allah
tolong ingatkan aku pada tanggungjawabku
agar aku hidup bagai seribu tahun berbudi
agar ibadatku bagai mati sedetik lagi
bukakanlah mindaku untuk kembali ke titik yang lurus
dan hindari aku dari keseronokan duniawi.
Setiap kali aku terasa-rasa
tolong ingatkan padaku bahawa segalanya dariMU
usah amarahku meracun hati
jangan takburku memakan diri
jauhkanlah aku daripada hasad dengki dan iri
padamkanlah kekecewaanku yang menggunung
lindungilah aku dari kezaliman dunia
Tolong ingatkan aku, Ya Rahman!
Tolong sedarkan aku, Ya Rahim!
Semuanya milikMU dan hanya kepunyaanMU
Tolong ingatkan bahawa aku hanya menumpang anugerahMU maka tidak layaklah bagiku untuk terasa-rasa.
Setiap kali aku meminta-minta
pada sesuatu yang amat aku idamkan
pada sesuatu yang sangat aku impikan
namun semuanya tidak kesampaian
tidak ia hinggap walau sedetik
tolong ingatkan aku, Ya Rabb
bahawa usaha itu ditanganku
namun semua ketentuan itu hanya milikMU
dan jika aku terus meminta, merintih dan mendesak
tolong ingatkan aku, Ya Rabb bahawa KAU Maha Mengetahui setiap sesuatu
bahawa segala yang aku mahu tak semestinya yang terindah
bahawa segala yang aku benci bukannya yang tercela
dan jika nanti aku berhenti berharap tolong sedarkan aku, Ya Rahman
bahawa pada ENGKAUlah aku perlu terus meminta
tolong ingatkan aku pada kuasa doa, Ya Rahim
yang tertuju hanya padaMU
tolong ingatkan aku, Ya Rabb bahawa KAU ialah Sang Pencipta
tiada yang mustahil bagiMU yang mewujudkan segala yang tiada
tolong ingatkan aku, Ya Rabb
agar terusku memanjatkan doa tanpa henti, tanpa jemu
dan tolong ingatkan aku, Ya Rabb bahawa doa itu hanya padaMU
dan jika suatu hari nanti KAU perlihatkan lagi kebesaranMU padaku
tolong ingatkan aku, Ya Rabb untuk bersyukur padaMU
tolong ingatkan aku sekali lagi, Ya Rabb bahawa KAU ialah Al-Khaliq
Maha Mencipta segala sesuatu
tolong ingatkan aku, Ya Rabb agar keajaiban itu mendekatkan aku lagi padaMU
dan tika aku meminta cinta yang lain maka tolong ingatkan aku bahawa ianya fana
cinta itu mungkin tertolak dan digelak
tolong ingatkan aku, Ya Rabb cinta itu tak akan seindah kasih dan sayangMU
cinta itu tak sehebat cintaMU
maka tolong ingatkan aku, Ya Rabb agar cinta itu takkan pernah melebihi cinta padaMU
dan moga cinta aku padanya adalah kerana agamanya yang tika imannya hilang melenyap
maka terpadamlah cintaku padanya dan sesungguhnya, Ya Allah... aku seorang insan yang lemah
maka aku mohon diperkuatkan semangat
agar resmiku sama seperti resmi si padi makan berisi makin menunduk
usahlah mengikut resmi bagai si lalang meliuk, melentuk ditiup angin, mendabik tinggi tatkala berisi
tolong ingatkan aku, Ya Allah untuk terus meminta padaMU
tolong ingatkan aku, Ya Allah agar selalu meluruskan niatku
agar ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untukMU.
 
 
P/S :   Sesungguhnya aku sedang menasihatimu; bukanlah bererti
              akulah yang terbaik dalam kalangan kamu & bukan juga
              yang paling soleh dalam kalangan kamu kerana aku juga
              pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya
              seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila
              dia sempurna, nescaya tak akan ada pendakwah. Maka
              akan jadilah sedikit orang yang memberi peringatan.
              (Imam Hassan Al-Basri)

  


Monday, 25 February 2013

Tuhan bagi otak untuk kita berfikir...

Yang selalu dibuat - Apabila berlaku kematian, waris si mati akan mengadakan kenduri arwah (selalunya pada malam pertama , kedua dan ketiga serta seterusnya). Kononnya jika tidak dibuat kenduri, roh si arwah akan menangis (katanya leee...). Tetapi,
Yang lebih patut dibuat - Rasulullah SAW menganjurkan jiran tetanggalah yang memasak makanan untuk keluarga si mati bagi meringankan kesusahan serta kesedihan mereka. Tetapi, masyarakat kita hari ini sudah terbalik; keluarga yang sedang bersedih akibat kematian pula yang terpaksa menjamu dan menyediakan serta mengeluarkan belanja untuk kenduri arwah.
Yang selalu dibuat - Kalau menghadiri majlis walimatulurus tak tergamak rasanya kalau tak bawa hadiah atau sekurang-kurangnya sampul surat berisi. Hakikatnya, tuan rumah panggil tetamu ke majlis kenduri untuk jamuan makan dan bukannya menambahkan pendapatan. Tetapi,
Yang lebih patut dibuat - Mengapa pula apabila menziarahi keluarga si mati kita salam kosong sahaja (tak ada sampul berisi). Sepatutnya jika menziarahi keluarga si mati, kita patut bersedekah kerana lebih besar pahalanya kerana dapat menggembirakan hati orang yang sedang dilanda musibah.
Yang selalu dibuat - Bukan main segak lagi kita apabila menteri atau orang-orang besar nak melawat tempat kita; siap ada pakai bau-bauan lagi. Kasut berkilat. Yang pompuan pulak, siap tempah baju ala-ala artis gitu. Tetapi,
Yang lebih patut dibuat - Apabila menghadap Allah SWT, mengapa selekeh bukan main lagi. Yang lelaki, pakai kain pelikat aje... baju entah ke mana. Maklumlah, janji tutup pusat hingga ke lutut. Yang pompuan pulak, berkemban aje dengan alasan janji aurat ditutup dengan telekung. Nak pakai baju... panas. Hampeh sungguh!
Yang selalu dibuat - Datang ke rumah orang, tuan rumah jamu dengan pelbagai makanan. Rasa segan lak nak habiskan nanti orang kata pelahap. Kuat melantak. Jadi kita tinggalkanlah sedikit agar tidak jatuh air muka kita walaupun tuan rumah mendesak agar habiskan. (Senang nak basuh; tak payah mak simpan-simpan). Tetapi,
Yang lebih patut dibuat - Sebenarnya Rasulullah SAW ada menyarankan ` agar jangan membazir'. Jadi habiskanlah apa yang dihidangkan agar tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
Yang selalu dibuat - Banyak ibu bapa amat bimbang jika anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka akan dihantarlah anak-anak itu ke kelas tuisyen; biarpun bayarannya mahal giler. Tetapi,
Yang lebih patut dibuat - Sepatutnya ibu bapa rasa bimbang jika anak-anak mereka tidak pandai membaca Al-Quran lagi walaupun sudah akal baligh. Selain dihantar ke tuisyen, anak-anak sepatutnya dihantar juga ke kelas mengaji Al-Quran. Ini tidak, kalau nak bayar guru tuisyen sebulan beratus ringgit pun tak dak hal punya tetapi untuk bayar kelas mengaji sebanyak RM15 jer, tangan punyalah mengeletar habis; hampir-hampir nak kena kepialu.
Yang selalu dibuat - Kalau bekerja mencari rezeki, tak kira siang ataupun malam, hujan ke, ribut ke; janji masyuk. Tetapi,
Yang lebih patut dibuat - Rumah Allah, masjid, surau... tak da hujan, ribut pun tetap malas nak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia sebegini; rezeki Allah ditagih tetapi nak ke rumahNYA segan dan malas.
Jadi sebagai manusia yang diberi akal... fikir-fikirkanlah!
 
P/S :   As I look back on my life, I realize that every time I thought
             I was being rejected from something good, I was actually
             being re-directed to something better.
 
 
 

 
 

Saturday, 23 February 2013

Siapalah aku di hadapan Tuhanku...

Allahuakbar... Allahuakbar...
Allahuakbar... Allahuakbar...
Subuhnya - di mana aku berada?
Masih enak dalam kelambu rindu dan selimut cinta
sambil berfoya-foya dengan waktu
masa bagaikan menderu dan langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin di hujung waktu
siapalah aku di hadapan Tuhanku?
Zohor - aku lebih memikirkan kelaparanku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku selalu bertolak ansur dengan waktu
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku gadaikan sebuah ketaatan
siapalah aku di hadapan Tuhanku?
Asar - aku lupa warna masa cepat berubah
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak di hujung kepala
aku masih bercerita tentang hebatnya Tuah yang setia
dan Si Jebat yang derhaka
siapalah aku di hadapan Tuhanku?
Maghrib - aku leka melihat warna malam yang menutupi senja
tetapi aku masih berlegar di sebalik takbirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalannya bertongkat-tongkat nanti
ruginya bertingkat-tingkat
siapalah aku di hadapan Tuhanku?
Isyak - kerana masanya nan panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut cintaku
bercumbuan dengan waktu dan anganku
siapalah aku di hadapan Tuhanku?
Kini, aku semakin tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjidku menjadi sepi
kerana di hujung hidupku ada mati.
 
P/S :   Adakalanya kita terlupa, kita jauh daripada Allah dan lalai
             dalam menjaga hubungan kita denganNYA. Sebab itulah
             jangan ditanya mengapa kita lemah saat derita menimpa
             kerana kita rasa bantuan itu tiada daripadaNYA. Ubatnya
             adalah mendekat kepada Ilahi; biar dahi melekat ke bumi
             dan sujudmu yang penuh berkat.
 



Shyyy...! Hanya Tuhan yang tahu...

        Biasanya apabila seorang anak perempuan yang sudah dewasa, yang sudah bekerja di perantauan, yang sudah berkahwin, yang sudah belajar di luar negara atau yang sedang bersekolah di sekolah berasrama sering merasa rindu pada bondanya. Bagaimana dengan ayah? Abah? Abi atau papa? Mungkin kerana bonda yang selalu menelefon untuk bertanyakan khabar anakanda setiap hari. Tetapi, tahukah anakanda bahawa ayahlah yang selalu sahaja mengingatkan bonda untuk menelefonmu. Mungkin sewaktu kecilmu, bonda selalu bercerita dan bergurau denganmu. Tetapi, tahukah anakanda bahawa tatkala pulang sahaja ayah ke rumah dengan wajah lelah terus bertanya pada bonda tentang khabarmu dan apa yang telah anakanda lakukan seharian.
        Sewaktu anakanda kecil, ayah mengajarmu mengayuh basikal. Setelah yakin bahawa anakanda telah mahir, ayah akan membiarkan anakanda mengayuh sendirian tetapi bonda melarang. Kata bonda... "Nanti dulu, ayahnya. Jangan dibiarkan anak itu. Nanti jatuh." Sedarkah anakanda... bahawa ayah dengan yakin akan membiarkan anakanda, menatap anakanda dan menjagamu mengayuh basikal kerana yakin anakanda boleh melakukannya.
        Pada saat anakanda menangis meminta sesuatu, bonda akan menatapmu dengan hiba tetapi ayah akan mengatakan dengan tegas... "Boleh! Kita akan belinya nanti tetapi bukan sekarang." Tahukah anakanda bahawa ayah melakukan semua itu kerana ayah tidak mahu anakanda menjadi anak manja dengan semua kehendak anakanda selalu dipenuhi. Saat anakanda sakit, ayahlah manusia yang paling bimbang selepas bonda sehingga adakalanya terdengar ayah membentak sendirian... "Sudah dilarang jangan minum ais tapi tak mahu dengar kata." Berbeza dengan bonda yang menasihatimu dengan lembut tetapi tahukah anakanda bahawa ayah amat bimbang akan keadaanmu. Hanya ayah malu untuk menunjukkan padamu sahaja.
        Ketika usia anakanda meningkat remaja, anakanda mula meminta untuk keluar berseronok dengan teman-teman tetapi ayah kata... "Tak boleh!" Ayah melarang. Tahukah anakanda, ayah lakukan semua itu untuk menjagamu kerana bagi ayah, anakanda adalah sesuatu yang sangat luar biasa berharga kepadanya. Setelah itu anakanda masuk ke kamar sambil menghempas pintu. Yang datang mengetuk dan memujuk adalah bonda. Tahukah anakanda bahawa ayahlah yang menyuruh bonda untuk memujukmu sedangkan pada waktu itu ayah memejamkan matanya dan menahan gejolak hatinya melihat tingkahmu itu. Ketahuilah anakanda bahawa ayah memang ingin memenuhi keinginanmu itu tetapi ayah memang seorang ayah yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatanmu dari ancaman dunia luar yang amat kejam. Anakanda belum tahu bagaimana rakusnya dunia luar kepada seorang gadis sepertimu.
        Setelah berjaya menamatkan era sekolah menengah, ayah menasihati anakanda untuk menjadi seorang doktor ataupun peguam. Ketahuilah anakanda, semua yang ayah lakukan itu kerana memikirkan masa depanmu tetapi ayah tetap tersenyum walaupun anakanda memilih pilihan yang tidak sama dengan keinginan ayah. Ketika anakanda dapat melanjutkan pelajaran di tempat orang, ayah harus melepaskanmu tetapi tahukah anakanda bahawa badan ayah terasa kaku untuk memelukmu. Ayah hanya tersenyum dan memberikan nasihat itu dan ini serta menyuruhmu berhati-hati; padahal ayah ingin sekali menangis seperti bonda dan memelukmu erat-erat. Yang ayah lakukan hanyalah menghapuskan sedikit air matanya di sudut mata dan menepuk bahumu dan berkata... "Jaga dirimu baik-baik, ya sayang." Ayah lakukan semua itu agar anakanda kuat... kuat untuk pergi menjadi dewasa.
        Pada saat anakanda memerlukan wang untuk membiayai pelajaran dan kehidupan anakanda, orang pertama yang mengerutkan dahinya ialah ayah. Ayah akan berusaha keras mencari jalan agar anakanda boleh merasa sama dengan teman-teman anakanda yang lain. Ketika permintaanmu bukan lagi sekadar boneka dan ayah tahu bahawa dia tidak mampu untuk memberikan apa yang anakanda minta... kata-kata yang keluar daripada mulut ayah... "Tidak! Tak boleh!" Ketahuilah olehmu bahawa ayah ingin sekali mahu berkata padamu... "Ya, sayang! Nanti jika ada duit ayah belikan, ya. Sabar, ya sayang!" Tahukah anakanda bahawa pada masa itu betapa sakitnya hati ayah apabila tidak dapat memenuhi permintaanmu itu kerana  ayah merasa ayah gagal membahagiakan anak ayah.
        Sewaktu anakanda menerima segulung ijazah, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan memberikan tepukan untukmu. Ayah akan tersenyum bangga dan puas melihat puteri kesayangannya berjaya meraih segulung ijazah. Tertunailah hasrat ayah apabila melihat anakanda dapat meneruskan impiannya untuk mendapat segulung ijazah.
        Apabila anakanda dilamar oleh seorang lelaki, ayah amat berhati-hati dalam memberikan keizinannya kerana ayah tahu lelaki inilah yang akan mengambil alih tugasnya untuk menjagamu. Akhirnya, sewaktu anakanda diijab kabulkan, ayah tersenyum bahagia. Adakah anakanda mengetahui pada hari bersejarah itu, ayah akan melarikan wajahnya ke suatu sudut yang terpencil sebentar untuk menangis. Ayah menangis kerana sangat bahagian dan ayah akan menadah tangan berdoa kepadaNYA... "Ya, Allah! Tugasku telah selesai dengan baik. Anakku telah menjadi wanita yang cantik. Bahagiakanlah dia bersama dengan suaminya."
        Dialah... AYAH - orang pertama yang selalu yakin bahawa puteri-puteri kesayangannya boleh dalam segala hal. Sayangilah ayah anakanda kerana selepas dia tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempatnya.
P/S :   I remember getting hugs from my father when I cried... huhuhu...
              Memories hurts so much...
 

Tuesday, 19 February 2013

Apabila sendirian begini...

Apabila sendirian begini...
aku diriuhkan sepi
gelisah bergeseran
menderaskan rasa gemuruh
bagai air terjun
mengocak ketenanganku.
Apabila sendirian begini...
aku dibingitkan rasa bosan
keluh saling berselisihan
bagai keretapi malam
merempuh kebahagiaanku.
Apabila sendirian begini...
ruang ini menjadi medan akal
yang diriuhkan pengalaman dan perasaan
berantukan perpanjangan
lalu aku padamkan api itu
di atas sejadah keimanan
kulafazkan doa dan zikir berpanjangan
tidak lagi mengunyah kebatilan.
Apabila sendirian begini...
peliharalah aku dalam kegelapanMU.
 

P/S :   Ya, Allah... When I'm alone and had nothing, I asked for
              a friend to help me bear my pain. No one come except
              YOU, ALLAH. Thank you, ALLAH!

Jangan sampai pandangan menjadi fitnah.

        Pepatah Inggeris ada mengatakan "Don't judge a book by it's cover!" Ertinya jangan menilai seseorang berdasarkan luarannya. Jika dikaji semula, pepatah ini ada asasnya. Kita selalu cenderung menilai orang lain berdasarkan penampilan perlakunya. Orang pertama yang kita jumpa akan kita nilai (pandangan pendapat) atau `first impression' (kata omputeh lee...) Tak apalah tu, mungkin itu fitrah. Itu juga salah satu cara yang kita gunakan untuk memilih sama ada sesuai untuk dibuat kawan atau tidak. Tetapi dah nama pun `pandangan', jadi tanggapan itu mungkin salah.
        Seeloknya pandangan atau pendapat itu kita simpan sendiri atau kita selidik kebenarannya. Bukan sebarkan pada orang lain tanpa mengambil kira asasnya. Jika pendapat kita betul, maka tak jadi masalah tetapi jika salah... bukankah itu fitnah?
        "... dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan..."  (Al-Baqarah 2:191)
Orang kata orang diam itu sombong.
Orang kata orang yang bising itu suka publisiti.
Orang kata orang yang menundukkan kepala itu penakut.
Orang kata orang yang mendongak ke langit itu berlagak.
Semuanya orang kata...
Dan semua kata-kata itu datangnya dari mata; mata yang tertipu
Itulah mata yang celik tetapi buta
Siapa tahu, diamnya itu kerana berfikir
Siapa tahu, bisingnya itu kerana memberi peringatan
Siapa tahu, kepala yang ditundukkan itu kerana menjaga pandangan
Siapa tahu, kepala yang didongakkan itu kerana menikmati kebesaran Allah SWT
dan siapa tahu bahawa orang yang berkata-kata itu punya unsur fitnah?
        "Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita maka telitilah (untuk menentukan) kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."
(Al-Hujurat 49:6)
        Fitnah itu besar pengaruhnya. Fitnahlah punca Saidina Umar Al-Affan dibunuh, punca perang berlaku antara Saidina Ali RA dengan Saidatina Aisyah. Ingatlah! Sedangkan kawan-kawan atau pasangan kita yang sudah bertahun-tahun bersamapun belum tentu betul-betul kita kenali atau difahami, inikan pula orang yang baru kita jumpa. Jangan terlalu cepat menilai seseorang kerana yang zahirnya jahat tidak semstinya jahat.
 
P/S :   Just because I'm not talking doesn't mean I'm in a bad mood.
             Sometimes I just like being quiet.
             My silence is just another words for my pain. Huhuhu...
 

That's really hurt...

        The worst type of crying is the silent one. The one when everyone is asleep. The one where you fell it in your throut and your eyes become blurry from the tears. The one where you just want to scream. The one where you have to hold your breath and grab your stomach to keep quiet. The one where you can't breath anymore. The one when you realize the person that meant the most to you is gone forever. 
        Sometimes you just have to smile, pretend everything is okay. Sometimes we need to forget some people from our past because of one simple reason... they just don't belong to our future any more. Sometimes we are only given a few minutes to be with the one we love and a thousand hours to spend thinking of them.
Mak,
        A thousand words could not bring you back. I know because I tried. A thousand tears could not bring you back. I know because I cried. I really miss you, mak. Although your soul is at rest and your body free from pain, if I had you back again...
        Memories with mak always with me. She's the whisper of the leaves as I walk down the street, she's the cool hand on my brow when I'm not feeling well, she's my breath in the air on a cold rainy's day. She is the sound of the rain that lulls me to sleep, the colour of a rainbow. Mak lives inside my laughter. She's the place I come from and she's the map I follow with every step I take. Nothing on earth can seperate me, not time, not space and not even death could seperate my memories with mak.
        I wake each morning to start a new day but the pain of loosing you never goes away. I go about the things I have to do and as the hours pass I think again of you. I want to call you and just hear your voice. Then I remember that I have no choice. For you are not there and now my heart cries. Just to see you again to tell you goodbye. To say... "Mak, I love you..."
        The day that you left, I just didn't know that you were going where I couldn't go. Now all my memories of you are so dear but gosh... How I miss you and wish you were here! Who now can here me when I need to cry? It's so hard to tell you... "Mak, goodbye!" Until then my memories of you I'll keep near and I'll pass them on to those who are dear. I miss you, mak!
Ya, Allah,
        If roses grow in Heaven, please pick a bunch for me and place them beside my mother. Tell her they are from me and tell her I love and miss her so much. When she turns to smile, place a kiss upon her cheek and hold her for awhile because remembering her is easy. I do it everyday but there's an ache within in my heart because I miss her more each day.
 
P/S :   It's only hurts when I start pretending it doesn't.
             I act like I don't care but deep inside it hurts.
             Mak... that's really, really, really hurts!
 

Wednesday, 6 February 2013

Adakalanya aku suka DIAM...

Adakalanya aku hanya perlu DIAM dalam memberi komen.
Adakalanya aku hanya perlu DIAM dalam menegur.
Adakalanya aku hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat berguna.
Adakalanya aku hanya perlu DIAM dalam memprotes.
Adakalanya aku hanya perlu DIAM dalam persetujuan.
Tetapi...
Biarlah DIAM aku mereka faham akan ertinya.
Biarlah DIAM aku mereka terkesan maknanya.
Biarlah DIAM aku mereka maklum maksudnya.
Biarlah DIAM aku mereka terima tujuannya.
Kerana...
DIAM aku mungkin disalah tafsirkan.
DIAM aku mungkin mengundang syak-wasangka.
DIAM aku mungkin disilap terjemahkan.
DIAM aku mungkin tidak membawa apa-apa maksud.
Justeru itulah...
Jika aku merasakan DIAM itu terbaik
Seharusnya aku DIAM sahaja.
Namun seandainya DIAM itu bukanlah sesuatu yang bijak berkatalah sehingga mereka DIAM.

P/S :   Nobody is perfect and nobody deserves to be perfect. Nobody has it
            easy. Everybody has issues. "You never know what people are
            going through. So pause before you start judging, criticizing or
            mocking others." Everybody is fighting their own unique war.
            So, stop judging me. Nobody knows me.

Hebatnya Cinta Seorang Ibu.

Kasih sayang seorang ibu memang tiada tolok bandingannya di dunia. Banyak kejadian dan kisah yang membuktikan betapa agungnya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Namun satu kisah yang ingin dipaparkan di sini ialah pengorbanan seorang ibu di China yang menyentuh hati masyarakat dunia tanpa mengira  sesiapa juga.
Pada 2008, China dilanda kejadian gempa bumi yang dahsyat sehingga mengorbankan ribuan nyawa dan kerugian berbillion-billion ringgit. Sebaik sahaja gempa bumi reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di suatu rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda. Mereka terlihat sekujur tubuh dicelah-celah runtuhan tersebut.
 
Kedudukan bentuk badannya agak pelik  seolah-olah  dia sedang melutut (seperti orang sedang bersolat) dengan badannya menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya. Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut dengan harapan wanita itu masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita itu yang sejuk dan kaku menunjukkan bahawa dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah tersebut.
Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia berlutut sekali lagi dan cuba mencapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita itu. Tiba-tiba, dia menjerit... "Ada bayi! Ada bayi di sini!"
Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihkan sisa runtuhan di sekeliling mayat wanita itu. Apa yang mereka lihat, ada seorang bayi lelaki yang berusia 3 bulan yang berbalut dengan selimut di dalam pelukan wanita itu. Ternyata wanita itu telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar daripada celah runtuhan.
Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi tersebut dan ketika mereka membuka balutan selimut bayi lelaki itu, terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip... "Sekiranya kamu selamat, ingatlah bahawa ibu menyayangimu..." Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ. Mereka yang ada di situ menangis dan tersentuh.
Walaupun membaca cerita ini berulang kali, tetap mampu membuatkan hati bergetar dengan kesayuan berserta keinsafan yang mendalam. Diharap kisah ini dapat membuatkan kita merenung kembali pengorbanan dan kasih sayang yang diberi oleh ibu kita. Janganlah mengikut kata hati sehingga kita gagal melihat perasaan kasih yang mendalam ibu terhadap kita.
Walaupun selalu arahan dan nasihatnya tidak kita turuti, janganlah malu atau terlalu ego untuk memohon ampun dan maaf. Tidak perlu menyusun kata-kata yang berbelit-belit dan adakalanya pelukan erat daripada seorang anak mampu meleburkan segala kemarahan di hati ibu. Percayalah, walaupun tanpa kata-kata, ia tetap dapat difahami.
Kepada pembaca yang pernah nakal suatu waktu dahulu, ingin saya  titipkan suatu pesanan... "Jangan sesekali menipu ibu" kerana Allah SWT telah menganugerahkan kepada semua ibu suatu naluri yang sangat kuat dan memberi gambaran betapa eratnya perhubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan suatu kelebihan yang hanya akan kita fahami jika kita seorang ibu. Buat pembaca  dan sahabat yang sudah kehilangan ibu tercinta (seperti saya... sorry hujan sekejap...), tiada yang lebih bermakna selain doa dan Al-Fatihah setiap kali usai solat.
 
P/S :   Aku tidak berharap untuk menjadi orang terpenting dalam
            hidupmu kerana itu merupakan permintaan yang terlalu besar
            bagiku... Aku hanya berharap suatu saat nanti jika kau
            melihatku, kau akan tersenyum dan berkata... "Dialah yang
            selalu menyayangiku. Dialah ibuku!"
 

Monday, 4 February 2013

I am a WRITER!


 
I am a writer. Writer write.So make time for it everyday. Set realistic goals. Embrace the extasy of writing. Read. Follow your heart, not the market. Don't just start a stories. Finish them. Dream big. Learn the rules. Follow the rules. Break the rules. Put your ego in your back pocket and sit on it. Writing is  journey, not a destination. Enjoy the scenery. Remember, you are the master of your inspiration, not it's slave. Set your stories free. Send them to the world. Build lifestyle that nurtures and supports your writing. Love what you do!
 
I love writing because each story is like opening a golden door to the unknown.
I love writing because it's slipperiness, it's unpredictability, the way it has taught me about life, death, and people.
I love finding a new voice to write in. At first this voice is just a whisper, a shimmer inside a brain but then the whisper grows and gains a power all of its own and then you hear the voice even when you're washing the dishes or drifting off to sleep.
I love discovering new words, new characters that don't come from me but from somewhere out there, way out there from some place out of my control.
I love the way characters speak to me and tell me what they want. If one of your characters tells you that he has to die for the sake of the story, as happened in Little Paradise, then you have to kill off even if it hurts so much.
I love the way writing digs up the past.
I love trawling the internet for a minute piece of information and coming out with so much more.
I love the way writing helps you sort yourself out; want to get rid of emotional baggage? Then write about it. Burden your characters with it.
I love writing because I have met so many kind and wonderful people through it.
I love writing even when it doesn't love me.
 
Only writer will hold conversations between people that don't exist, We don't talk to ourselves, we talk to the people we created from nothing.
Always keep a notebook handy. You never know when inspiration will strike.
A writer never has a vacation. For a writer, life consists of either writing or thinking about writing.
Every secret of a writer's soul, every experience of her life, every quality of her mind is written large in her works.
You don't write because you want to say something, you write because  you have something to say.
If there's a book that you want to read but it hasn't been written yet; then you must write it.
These are two kind of writers; those that make you think and those that make you wonder.
The secret of good writing is to say an old thing in a new way or to say a new thing in an old way.
This one may seem slightly obvious but it's necessary to weed out people who want to be a writer but haven't actually written anything. As a potential author, you've amassed a portfolio of short stories, articles, poems, anecdotes, novel outlines or other samples. Your collection of work indicates commitment to your craft.
Excellent writing is all about fresh angles. There are virtually no new subjects, only new ways of looking at them. Your ability to see thing, people or situations in a different way  catapults your writing past ordinary.
Turn off the television. If you think you can write in front of the tv, you are just kidding yourself.
Be strict on yourself. Sit down and tell youeself you will write for 20 minutes or 30 minutes or an hour. Actually do it.
Just keep going. Not everyone will hit their 50k target but that doesn't mean they've failed at all. By carrying on until the end of the month you have achieved an incredible feat no matter what your word count. The only true failure is giving up.
But most important tips... to have fun on writing.
 
P/S :   Being creative is not a hobby; tt's a gift.
            Even the best writer has to erase.
 

Saturday, 2 February 2013

Just a little words...

It's funny how `hello' always accompanied with `goodbye'. Good memories can start to make you cry forever and never seems to last. Much you would lose if you forget about your past. Friends can just leave when you are down and when you need someone they never around. People change and think they're so much better. Many lies are packed into one love letter. One night can contain so much regret. You can forgive but not forget. Ironic... life turns out to be but the funniest part of all.... is none of that's funny to me!

My daughters,
     I look at you and I do not see the passage of time. I see my two little girls playing dressed up, running through the yard, playing on the swing. I will try and respect the fact that you are older now and that the decisions you will make are your own but you must understand that to me, you always be my little girl. I may not be able to carry you in my arms anymore but I will always carry you in my heart. Because of you two, half the time I don't even know I'm smiling.
 
P/S :   I love pictures because the best thing about them is that they
            never change even when the people in it, do.
 

Surat Cinta daripada Manusia-Manusia Malam...

Wahai, orang-orang yang terpejam matanya,
     Perkenankanlah kami, manusia-manusia malam, menuliskan sebuah surat cinta kepadamu; seperti halnya cinta kami pada waktu malam-malam yang kami rajut sepertiga terakhir. Atau seperti cinta kami pada keagungan dan rahsianya yang penuh pesona. Kami tahu dirimu bersusah-payah lepas tengah hari, berharap intan dan mutiara dunia. Namun kami tidak perlu bersusah-payah sebab malam-malam kami berhiaskan intan dan mutiara dari Syurga.
 
Wahai orang-orang yang terlelap,
     Sungguh nikmat malam-malammu. Gelapnya yang pekat membuatkan matamu tidak mampu melihat kuasa cahaya yang tersembunyi di sebaliknya. Sunyi senyapnya membuat dirimu hanyut tidak menghiraukan seruan cinta. Dinginnya yang merasuk semakin membuat dirimu terlena menikmati tidurmu di atas pembaringan, bergeliat manja di sebalik selimutmu yang demikian hangatnya. Aduhai, engkau sangat menikmatinya!
Wahai orang-orang yeng terlena,
     Ketahuilah kami tidak seperti dirimu yang setiap malam terpejam matanya, yang terlelap pulas tidak terkira atau yang terlena oleh suasananya yang begitu menggoda. Kami tidak seperti dirimu! Kami adalah para perindu kamar di Syurga. Tidak pernahkah kau dengar  Rasulullah SAW bersabda... "Sesungguhnya di Syurga itu ada kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, menyebarkan salam serta mendirikan solat pada saat manusia terlelap dalam tidur malam." Sudahkah kau dengar tadi? Ya, sebuah kamar yang menakjubkan untuk kami dan orang-orang yang mendirikan solat pada saat manusia yang lain tertutup mata dan hatinya.

Wahai, orang-orang yang keluarganya hampa cinta,
     Kau pasti mendengar namaku disebut. Aku, Abu Hurairah, periwayat hadis. Kerinduanku akan sepertiga malam adalah hal yang tidak terperi. Penghujung malam adalah kenikmatan terbesar. Tapi tahukah engkau? Kenikmatan itu tidak serta-merta kukecapi sendiri. Aku bahagi malam-malamku yang penuh syahdu itu menjadi tiga. Satu untukku, untuk isteriku dan satu lagi untuk pelayan yang aku kasihi. Jika salah satu dari kami selesai mendirikan solat maka kami bersegera membangunkan yang lain untuk menikmati bahagiannya. Subhanallah! Tidak tergerakkah dirimu? Pedulikah kau pada keluargamu?
     Lain lagi dengan aku, Nuruddin Zanki. Sejarah mencatatkan aku sebagai Sang Penakluk kepada kesombongan Pasukan Salib. Suatu ketika, seorang ulama tersohor, Ibnu Katsir menyatakan bahawa... "Nuruddin itu kecanduan solat malam, banyak berpuasa dan berjihad dengan akidah yang benar." Kemenangan demi kemenangan aku raih bersama pasukanku. Bahkan pasukan musuh ada mengatakan... "Nuruddin Mahmud Zanki menang bukan kerana pasukannya yang banyak tetapi kerana dia mempunyai rahsia bersama Tuhan." Aku tersenyum; mereka memang benar. Kemenangan yang kuraih adalah kerana doa dan solat-solat malamku yang penuh kekhusyukan.
     Tahukah kamu siapa orang yang setia mendampingiku? Dialah, isteriku, Khatun Atabik. Dia adalah isteri solehah di mataku, terlebih di mata Allah SWT. Malam-malam kami adalah penuh kemesraan dalam bingkai Tuhan. Gemersik dedaunan dan desahan angin seakan menjadi peneman kami saat mendung di mata kami jatuh berderai dalam sujud kami yang panjang. Kuceritakan padamu, suatu hari ada kejadian yang membuat belahan jiwaku nampak murung. Kutanyakan padanya apa yang membuatkannya resah. Ya, Allah! Ternyata dia tertidur, tidak bangun pada malam itu sehingga kehilangan kesempatan untuk beribadat. Astaghfirullah! Aku menyesal telah membuatkannya kecewa. Setelah peristiwa itu, kubayar penyesalanku itu dengan mengupah seorang pengawal khusus untuknya untuk menabuh gendang agar kami terbangun di sepertiga malam.
Wahai, orang-orang yang terbuai,
     Kau pasti mengenalku dalam kisah pembebasan Al-Aqsa, rumah Allah SWT yang diberkati. Akulah pengukir tinta emas itu, seorang Panglima Perang Salahuddin Al-Ayubi. Orang-orang yang hidup pada zamanku mengenaliku tidak lebih dari seorang panglima yang selalu menjaga solat berjemaah. Kesenanganku adalah mendengarkan bacaan Al-Quran yang indah dan syahdu. Malam-malamku adalah saat yang paling kutunggu. Saat-saat di mana aku bercengkerama dengan Tuhanku sedangkan siang hariku adalah perjuangan-perjuangan nyata.
 
Wahai, orang-orang yang masih terlena,
     Pernahkah kau mendengar kisah penaklukan Konstantinopel? Akulah orang di sebalik penaklukan itu, Sultan Muhammad Al-Fateh. Aku sangat tegas dalam memimpin bala tenteraku. Namun, tahukah kau bahawa sehari sebelum penaklukan itu, aku telah mengarahkan kepada pasukanku untuk berpuasa pada siang harinya dan pada malamnya pula, kami laksanakan solat malam dan bermunajat penuh harapan akan pertolonganNYA. Jika Allah SWT memberikan kematian kepada kami pada siang hari pada saat kami berjuang, maka kesyahidan itulah harapan kami yang terbesar. Biarlah siang hari kami berada di hujung kematian.
Wahai, orang-orang yang gelap mata dan hatinya,
     Pernahkah kau mendengar kisah penduduk Basrah yang kekeringan? Mereka sangat merindukan air yang keluar dari celah-celah awan sebab terik matahari begitu terasa menyengat. Padang pasir semakin kontang dan tandus. Suatu hari mereka sepakat untuk mengadakan Solat Istisqa yang dipimpin oleh seorang ulama. Ada wajah-wajah besar yang turut solat bersama seperti Malik bin Dinar, Atha'As-Sulami dan Tsabit Al-Bunani. Solat dimulai, dua rakaat selesai. Harapan terbesar mereka adalah hujan yang penuh barakah.
     Namun waktu terus berlalu siang, matahari kian meninggi; tiada tanda-tanda hujan akan turun. Mendung tidak datang, langit tetap membisu, tetap cerah dan biru. Dalam hati mereka tertanya-tanya apakah dosa yang telah mereka lakukan sehingga tiada hujan. Solat demi solat didirikan namun hujan tidak kunjung tiba. Hinggalah pada suatu malam, Malik bin Dinar dan Tsabit Al-Bunani terjaga . Pada saat malam itulah, aku, Maimun, seorang pelayan berwajah kuyu, berkulit hitam dan berpakaian usang datang ke masjid. Langkahku menuju ke mihrab dan kuniatkan untuk solat Istisqa sendirian.
     Selesai solat dengan penuh kekhusyukan aku menadahkan tanganku ke langit lalu berdoa... "Tuhanku, betapa banyak hamba-hambaMU yang berkali-kali datang kepadaMU memohon sesuatu yang sebenarnya tidak mengurangi sedikitpun kekuasaanMU. Apakah ini kerana apa yang ada padaMU sudah habis? Atau adakah perbendaharaan kekuasaanMU telah hilang? Tuhanku, aku bersumpah atas namaMU dengan kecintaanMU kepadaku agar ENGKAU berkenan memberi kami hujan secepatnya."
     Tiba-tiba, angin langsung datang bergemuruh dengan cepat, mendung tebal di atas langit seakan runtuh mendengar doa seorang pelayan ini. Doa aku dimakbulkan Tuhan. Hujan turun dengan lebatnya, membasahi bumi yang tandus. Malik bin Dinar dan Tsabit Al-Bunani berasa hairan lalu kukatakan kepada mereka... "Aku hanya seorang budak miskin harta yang hitam pekat mungkin lebih pekat dari malam-malam yang kulalui. Hanya manusia biasa tetapi aku menjadi sangat luar biasa kerana doaku yang makbul dan malam-malam yang kupenuhi dengan tangisan dan taqarrub padaNYA."
Wahai, orang-orang yang masih sahaja terpejam,
     Penghujung malam adalah detik-detik termahal bagiku, Imam Nawawi. Suatu hari, muridku bertanya kepadaku, bagaimana aku boleh menghasilkan pelbagai karya. Bila waktu aku berehat? Bagaimana aku mengatur waktu tidurku? Lalu aku jelaskan kepadanya... "Jika aku mengantuk, aku akan hentikan solatku dan bersandar pada buku-bukuku sejenak. Selang beberapa waktu, jika aku segar kembali aku akan meneruskan ibadahku." Aku tahu kau pasti berfikir bahawa hal ini sukar dijangkau oleh akalmu yang sihat tetapi itulah yang telah aku lalui dan sekarang kau boleh menikmati pelbagai karyaku.
 
Wahai, orang-orang yang tergoda,
     Begitu kuatkah syaitan mengikat lehermu saat engkau tidur? Ya, sangat kuat! Tiga ikatan di tengkuk lehermu itu lalu dia menepuk setiap ikatan itu sambil berkata... "Hai, manusia! Engkau masih punya malam yang panjang kerana itu tidurlah."
     Sedarlah! Jangan kau dengarkan kata-kata syaitan itu. Semuanya tipu muslihatnya. Syaitan itu berbohong. Maka bangunlah. Kerahkan kekuatanmu untuk menangkis godaannya. Sebutlah nama Allah SWT maka akan lepas ikatan yang pertama. Kemudian berwuduklah maka akan lepaslah ikatan yang kedua dan yang terakhir, solatlah. Solat seperti kami maka akan terlepaslah semua ikatan-ikatan itu.
 
 
P/S :   Aku terkenang arwah mak mertuaku yang tidak pernah lekang
           dengan solat malamnya dan mulutnya tidak pernah letih
           mengaji Al-Quran. Kini aku betul-betul rindu dengan mak.
           Apakah aku boleh mengikut jejak mak? Mampukah aku? Makkk...
 
Mak.. aku betul-betul rindu akan mak! Al-Fatihah...