Monday, 23 April 2012

Hikmah di sebalik Kesusahan

  1. Jika orang buat kita susah, anggaplah itu adalah sebahagian daripada limpahan rezeki.
  2. Mulai pada hari ini, belajarlah untuk menyenangkan hati orang lain.
  3. Jika kamu merasa pahitnya kehidupan dalam menuju suatu tujuan hidup, itulah bahagia.
  4. Berlarilah selajunya untuk mengejar hari esok.
  5. Berpuas hatilah dengan apa yang kamu miliki pada hari ini agar kamu tidak menyesal di kemudian hari.
  6. Setiap kali, jika ada orang yang memberi kamu satu kebahagiaan maka kamu harus mengembalikann kebahagiaan itu sebanyak 10 kali lipat ganda.
  7. Nilailah setiap kebaikan orang terhadap kamu tetapi hapuskanlah semua jasa yang pernah kamu berikan kepada orang lain.
  8. Dalam keadaan benar kamu difitnah, dipersalahkan dan dihukum maka pahala yang kamu akan perolehi.
  9. Dalam keadaan kamu bersalah, kamu dipuji, dibenarkan dan dimuliakan maka itulah hukuman bagi kamu.
  10. Orang yang berada dalam kebenaran, seharusnya kita bela dan orang yang berada dalam kesalahan haruslah kita nasihati.
  11. Jika perbuatan kamu adalah benar dan kamu difitnah dan dipersalahkan tetapi kamu menerima semua itu dengan sabar dan redha maka akan datang rezeki yang melimpah ruah kepadamu.
  12. Jangan selalu atau terburu-buru mengecam kesalahan orang lain tetapi selalulah melihat kesalahan diri sendiri. Itulah kebenaran hakiki.
  13. Orang yang baik wajib kita gauli tetapi orang yang jahat haruslah kita kasihani.
  14. Dua orang yang saling mengakui kesalahan masing-masing maka dua orang itu akan bersahabat sepanjang masa.
  15. Saling salah-menyalah dan tingkah-meningkah akan memutuskan suatu hubungan yang murni.
  16. Jika kamu ikhlas menolong orang yang di dalam kesusahan maka seelok-eloknya biarlah pertolongan kamu itu tidak diketahui sesiapa.
  17. Jangan membicarakan sedikit pun keburukan orang lain sebab kamu akan dinilai oleh orang yang mendengarnya.
  18. Jika kamu mengetahui orang itu berbuat salah maka haruslah kamu menegurnya dengan kata-kata yang lembut sehingga orang itu sedar akan kesalahannya.
  19. Doa dan sujudlah kepada Allah SWT maka Allah SWT akan menerima doamu jika kamu dalam golongan orang-orang yang sabar dan redha dengan segala ujian yang Allah SWT berikan.
  20. Carilah kebahagian kamu dalam diam kerana orang yang diam selalu disegani dan orang yang tidak banyak bicara akan selalu dicintai; sedangkan `bala' sering timbul akibat pembicaraan.
  21. Hamba yang paling banyak bahagia di sisi Allah SWT adalah orang yang paling banyak melakukan kebaikan dengan tangannya sendiri, yang paling banyak memberikan kebaikan kepada saudara-saudaranya dan yang paling banyak bersyukur atas semua itu.
  22. Berdoalah apa sahaja kepada Allah SWT kerana doa merupakan senjata kekuatan orang Mukmin. Selain itu doa adalah hadiah istimewa daripada Allah SWT kepada umat Rasulullah SAW.
  23. Setiap Mukmin yang berakal sewajarnya menjaga lidahnya dan tidak menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah. Lebih baik diam daripada berkata-kata yang dapat menimbulkan sengketa. Sesungguhnya dalam diam itu terdapat hikmah.
  24. Sebesar-besar keaiban adalah anda mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri anda sendiri.
  25. Janganlah anda menuntut ilmu kerana riak dan janganlah anda meninggalkannya kerana malu.
  26. Gunakanlah setiap saat untuk bertasbih, setiap minit untuk berfikir dan setiap jam untuk beramal.
  27. Cantik, bukanlah kerana emas dan perhiasan tetapi cantik itu kerana akhlak yang terpuji. Kaya bukanlah kerana harta yang melimpah ruah tetapi kaya itu kerana adab dan qana'ah.
  28. Sebaik-baik teman duduk sepanjang masa adalah `buku'.
  29. Janganlah anda tangisi apa yang sudah berlalu dan janganlah anda membuang air mata dengan sia-sia kerana dengan apa cara sekalipun anda tidak akan mampu mengembalikan apa-apa yang sudah berlalu.
  30. Sifat seseorang tersembunyi di sebalik lidahnya.


P/S :  Sesekali pandanglah ke langit; carilah di balik awan; agar engkau tahu sampai
          mana matlamat kejayaanmu.


No comments:

Post a Comment