Kemuliaan wanita tercermin pada keindahannya menutup aurat. Wanita yang solehah ialah wanita yang menjaga aurat dan menutupnya apabila berhadapan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Aurat wanita yang wajib ditutup adalah...
- Rasulullah SAW melaknat wanita yang menipiskan bulu kening atau meminta agar dicukurkan bulu kening. (Hadis Riwayat Abu Daud)
- "Dan janganlah mereka (wanita) menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka." (Surah An-Nur : 31) [dalam pengertian 'menghentakkan kaki' di sini adalah menampakkan kaki atau menghayun serta melenggokkan badan mengikut hentakan kaki]
- "Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka." (Surah An-Nur : 31)
- Rasulullah SAW melaknat wanita yang mengikir gigi atau meminta agar dikikirkan giginya. Juga dilaknat wanita yang menjarangkan giginya agar menjadi cantik. [merubah ciptaan Tuhan]
- Allah SWT memerintahkan agar wanita tinggal di rumah dan janganlah menampakkan perhiasan seperti orang Jahiliyah yang dahulu. Maksudnya, bersolek. Menurut Maqatil... "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher sepeti orang Jahiliyah."
- Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang nipis lalu baginda bersabda... "Wahai, Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah haid tidak boleh menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya."
- "Janganlah kamu berkata-kata dengan lembut dan manja apabila bercakap dengan lelaki asing kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya, berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)." (Surah Al-Ahzab : 32)
- "Sesungguhnya akan ada umatku minum arak yang dinamakan dengan nama yang lain iaitu kepala mereka dilalaikan oleh muzik dan penyanyi perempuan, maka Allah SWT akan tenggelamkan mereka ke dalam bumi." (Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
- "Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman agar menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka." (Surah An-Nur :31)
- "Apabila seorang wanita solat 5 waktu, puasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan mentaati suaminya, masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki." (Hadis Riwayat Al-Bazzar)
- "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya selain di rumah suaminya kecuali dia telah membinasakan tabir antara dia dan Allah SWT." (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majjah)
- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah SWT akan memberikan pakaian kehinaan pada hari Kiamat nanti." (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasai' dan Ibnu Majjah)
- "Wahai, Nabi! Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman agar melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar). Cara yang sedemikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik. Maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah SWT adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab : 59)
- "Wahai, Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahram ketika di dunia." (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Firman Allah SWT...
"Dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka."
(Surah An-Nur : 31)
Arahan ini ditujukan kepada para wanita, Mukminah di mana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasan mereka yang seharusnya disembunyikan; misalannya perhiasan telinga (subang), perhiasan rambut (pin rambut / sanggul), perhiasan leher (rantai), perhiasan dada dan kaki (betis dan pergelangan kaki). Semua ini tidak boleh dinampakkan kepada lelaki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada ruksah untuk dinampakkan. Larangan ini dikecualikan untuk 12 orang sahaja iaitu...
- Suami - boleh melihat isterinya dalam apa cara pun dia suka; hal ini ditegaskan oleh hadis Nabi yang bermaksud... "Peliharalah auratmu kecuali terhadap isterimu."
- Ayah (termasuk datuk) - baik daripada pihak ayah ataupun ibu.
- Ayah mertua kerana mereka sudah dianggap sebagai ayah sendiri dalam hubungannya dengan isteri kamu.
- Anak-anak yang lelaki termasuklah cucu, baik daripada anak lelaki ataupun daripada anak perempuan.
- Anak-anak suami kerana ada suatu keharusan untuk bergaul dengan mereka; ditambah lagi bahawa isteri anda waktu itu adalah sebagai ibu kepada anak-anak anda.
- Saudara lelaki baik sekandung, sebapa atau seibu.
- Anak saudara kerana mereka ini selamanya tidak boleh dikahwini.
- Sesama perempuan; baik yang ada kaitannya dengan nasab ataupun orang lain yang seagama. Adapun perempuan kafir tidak boleh melihat perhiasan perempuan Muslimah kecuali perhiasan yang boleh dilihat oleh lelaki.
- Hamba sahaya. Mereka ini dalam Islam dianggap sebagai ahli keluarga tetapi sebahagian ulama' ada yang berpendapat bahawa... "Khusus buat hamba perempuan (amah) bukannya hamba lelaki."
- Anak saudara daripada saudara perempuan kerana mereka ini haram dikahwini selamanya.
- Pelayan yang duduk serumah yang tiada rasa syahwat. Mereka ini ialah pekerja atau orang yang mengikuti perempuan tersebut yang sudah tidak bersyahwat lagi kerana masalah badan ataupun akal. Jadi yang terpenting di sini ialah adanya dua sifat iaitu mengikuti dan tiada syahwat.
- Anak-anak kecil yang tiada syahwat ketika melihat aurat perempuan. Mereka ini ialah anak-anak yang masih belum ada syahwat.
- Dalam ayat ini tidak disebutkan masalah bapa saudara baik daripada sebelah atau ataupun ibu kerana mereka ini setaraf dengan ayah seperti yang diterangkan dalam hadis Nabi... "Bapa saudara seseorang adalah seperti ayahnya sendiri."
Fikir-fikirkanlah, wahai Muslimah!
No comments:
Post a Comment