Wednesday, 23 January 2013

Mereka yang Telah Meninggalkan Aku... (Al-Fatihah)

Everyone says that `LOVE' hurts but that's not true. Lonelineness hurts. Rejections hurts. Losing someone hurts so much. Everyone confuse these things with `love' but in reality... LOVE is the only things in this world that covers up all the pain and makes us feel wonderful again. 
If only you could see the tears in the world you left behind. If only you could heal my heart just one more time.
Even when I close my eyes, there's an image of your face. And once again I come to realize, you're a lose that I can't replace.
Since the day that you were gone, I can't believe just what an empty place it has come to be and I would give my life away if it could only be just the same cause I conceal the voice inside of me that is calling out you name.

When you're gone, the piece of my heart are missing you. When you're gone, the face I came to know is missing too. When you're gone, the world I need to hear to always get me through the day and make it OK - `I miss you'.
I've never felt this way before. Everything that I do reminds me of you and the clothes you left,  smell like you.
 
I look at the sky, it looks back at me.
I can hear the silent melody
I know that I'm here but yet I'm lost; waiting confussion by the breeze; hiding my face, crying alone.
I need to find my way back home; back to the place, the wonderful days and living the life I use to know; where every words are fill with lots of love and not of anger. Cause I don't want to be alone and living life of all my own. I don't want to live my life in isolation, feel with empty decoration cause I want to get with people that I know and making my dreams come true.
 
P/S  :  Makkk... rindunya aku pada mak!
 
 
 

Cerita Tentang Hati...

Ibnul Qayyum ada mengatakan bahawa...
"Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah SWT.
Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah SWT.
Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah SWT dan ketelusan berinteraksi denganNYA.
Di dalam hati juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali dengan keredhaan akan perintahNYA, menjauhi laranganNYA serta keputusan Allah SWT yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran hingga tiba saat berjumpa denganNYA."
 
P/S :   I have learned silence from the talkative,
           toleration from the intolerant and
           kindness from the unkind. Yet... it such a strange things.
           I am ungrateful to those teachers!

Thursday, 17 January 2013

Lawak dulu-dulu...

Lawak nie... dari dulu sampai la ni, aku tak boleh tahan nak gelak. Ni la the best lawak in the world (bagi aku laaa...)

 

DI MANA AKAN KUCARI...

ALLAHYARHAMAH BONDA AMINAH BT YAHYA
( 13 OGOS 1931  -  10 JANUARI 2013 )
AL- FATIHAH BUAT BONDA TERSAYANG
Bila dahaga yang susukan aku... mak
Bila lapar yang suapkan aku... mak
Bila keseorangan yang senantiasa disisiku... mak
Perkataan pertama yang aku sebut... mak
Bila bangun tidur, aku cari... mak
Bila nangis orang pertama yang datang... mak
Bila nak bermanja, aku dekati... mak
Bila nak bergesel aku duduk sebelah... mak
Bila sedih yang datang memujuk... mak
Bila nakal, yang memarahi aku... mak
Bila merajuk yang memujukku... mak
Bila melakukan kesalahan yang paling cepat marah... mak
Bila takut yang tenangkan aku... mak
Bila nak peluk, aku suka peluk... mak
Aku selalu teringatkan... mak
Bila sedih aku mesti telefon... mak
Bila seronok, orang pertama aku bagitahu... mak
Bila bengang, aku suka luah pada... mak
Bila takut, aku selalu panggil... makkkkk!
Bila sakit, orang paling risau... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu... mak
Bila ada masalah, yang paling risau... mak
Yang masih peluk & cium aku... mak
Yang selalu masak makanan kesukaan aku... mak
Yang selalu buatkan bekal untuk aku... mak
Yang selalu kemas & simpan barang-barang aku... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku... mak
Yang selalu nasihat aku bab solat... mak
Yang selalu ingat kat aku... mak
ALLAHYARHAMAH BONDA HAFSAH BT ALIAS
( 18 JULAI 1943  -  2 MEI 2012 )
AL-FATIHAH BUAT BONDA TERSAYANG
Tetapi kini, semuanya telah hilang
Biarkanlah aku bertafakur apabila rindu padamu
Walau tidak terucap, aku sangat kehilangan
Sebahagian semangatku ada dalam doamu
Warisan yang kautinggalkan akan kucatat dan kujalankan
Mak... aku berjanji akan aku kirimkan
Doa yang pernah kauajarkan padaku
Pada setiap solat dan sujudku, engkau hadir terbayang
Sesungguhnya aku menangis terlalu lama
Namun aku pendam agar engkau berangkat dengan tenang
Sesungguhnya aku merasa belum cukup berbakti
 
 
Warkah rindu buat mak (Bonda Aminah Yahya),
Mak... malam (4 Januari 2013) malam yang mak sakit tu, kami semua hantar mak ke hospital. Aku bersama Abang Nuar dan Kak Ton temani mak dalam ambulan Langkap. Anak mak, Nazri (suami aku), Nabila, Syukri dan Udin menyusur di belakang ambulan. Kami tak mahu mak rasa takut dan mahu mak tahu kami selalu ada bersama mak. Itulah kali pertama aku naik ambulan. Aku lihat mak tercungap-cungap menahan sesak nafas. Mak tahu tak mak, waktu itu aku cukup takut melihat keadaan mak.
Tetapi pagi Khamis ( 10 Januari 2013), kami semua berkumpul di ICU Hospital Teluk Intan... melihat mak yang sedang berperang dengan sakaratulmaut... lututku menjadi longgar, hatiku menjadi lulur dan airmata tidak dapat ditahan-tahan. Tepat jam 11.35 pagi, mak tinggalkan kami semua.
Mak... mesti mak nampak aku cium dahi mak, pipi mak dan kaki mak. Mesti mak nampak, anak-anak cuba bantu mak dengan kalimah kebesaran Allah SWT. Mesti mak nampak cucu-cucu mak, Nabila, Husna dan Hanif baca surah Yassin untuk mak. Mesti mak nampak semua itu, bukan?
Jam 2 petang, mak dimandikan. Semua anak perempuan mak, menantu perempuan mak dan cucu-cucu perempuan mak berebut-rebut hendak mandikan mak. Mak mesti rasa betapa lembutnya kami gosok seluruh tubuh mak. Mak perasan tak?
Mak... sebelum muka mak ditutupkan buat selama-lamanya, kami semua mengelilingi mak; menatap wajah mak buat kali terakhir. Mak rasa tak masa aku cium dahi mak... sejuk sekali
Mak... kita rindu sangat kat mak. Nanti setiap kali selesai solat, kita sedekahkan Al-Fatihah untuk mak. Mak tunggu ya! Mak tahu tak... waktu kita tulis ini kerinduan terasa menusuk-nusuk hingga ke ulu hati, rasa ngilu sangat. Sampai sekarang apabila kerinduan itu datang lagi airmata ini meluncur laju tanpa dipinta. Mak... cukuplah sampai di sini dulu. Kita tak tahu nak hantar ke mana surat ini. Yang kita tahu, kita bagi orang lain baca. Tak pe, ya mak.
Akhir kata untuk mak... "Kita sayang sangat kat mak! Terima kasih kerana memberi seluruh kasih sayang mak pada kita. Sampai akhir hayat, jasa mak tak mampu kita balas."
 
P/S :  Setiap saat aku menghitung kerinduan ini terhadapmu hinggalah
          sekarang baru aku tersedar bahawa kerinduan itu sudah melimpah
          ruah. Makkk....
 

Thursday, 12 July 2012

Hebatnya Kuasa Doa

Seorang sahabat pernah menceritakan perihal seorang pekerja kontrak Bangladesh yang bertamu di hadapan Kaabah. Tatkala dia melihat kelibat Multazam (kawasan antara pintu Kaabah dan Hajar Aswad), dia terus meluru dan mengangkat tangan lalu berdoa. Susun katanya cukup mudah dan diucapkan dalam Bahasa Arab yang berslanga Bangladesh namun menjadi penuh bermakna kerana doanya diiringi linangan air mata tulus dan mulus.
Doanya... "Allah... ana fi duaa. Anta fi jawaab. Lau Anta ma fi jawaab. Ana fi musykillah. (Ya, Allah! Aku punya permohonan kepada-MU dan ENGKAUlah yang menerima doaku. Jika ENGKAU tidak memperkenankan doaku, nescaya aku akan ditimpa masalah)"
Mudah sekali doanya, bukan? Tidaklah menjadi sesuatu yang penting doa itu disusun dengan kata-kata indah tetapi yang lebih penting, doa itu tersisip indah dengan ketulusan dan keikhlasan kepada ALLAH SWT.

Doalah dengan YAKIN!
Sesiapa yang tidak berdoa maka sombonglah sifatnya. Ada juga yang berkata... "Walaupun  banyak berdoa namun tidak memberi kesan dan masalah terus datang." Ini adalah pandangan  yang tidak tepat dalam masalah berdoa. Walaupun doa itu tidak berkesan, periksalah kembali cara kita berdoa. Mungkin ada tersilap atau tersalah kaedah.Tetapi jika betul kaedahnya, pasti punya hikmah di sebaliknya. Yakinlah, doa itu tidak akan tersisa tetapi bakal disimpan sebagai `surprise' untuk kita di akhirat kelak. ALLAh tidak akan mensia-siakan kesungguhan hamba-NYA. Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah RA... "Berdoalah dengan penuh keyakinan bahawasanya ALLAH SWT pasti menerimanya. Ketahuilah bahawasanya ALLAH SWT tidak akan menerima doa daripada sekeping hati yang lalai dan leka."
Doa siapa yang paling POWER?
Berdasarkan hadis sahih, inilah senarai yang dianggap `first class' iaitu...
  1. Doa ibu dan ayah
  2. Doa orang yang dizalimi
  3. Doa orang yang berpuasa
  4. Doa orang yang bermusafir
  5. Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain dalam keadaan sahabatnya tidak mengetahui akan doanya itu
Justeru jika kita terdiri daripada salah seorang dalam senarai itu; jangan lepaskan peluang dengan tawaran ini.
Doa tidak memerlukan MODAL
Sesungguhnya doa bukanlah sesuatu yang memerlukan modal berbentuk RM untuk dibayar. Sesiapa jua pun boleh berdoa. Yang miskin, kaya ataupun sederhana. Namun begitu, doa sangat `mahal' nilainya di sisi ALLAH. ALLAH sangat suka kepada hamba-NYA yang memohon doa dan ALLAH sangat benci kepada hamba-NYA yang malas meminta.
Berbeza dengan manusia, semakin banyak diminta semakin rimas jadinya. Justeru itu berdoalah kerana ALLAH senantiasa hampir dengan kita. Walaupun mungkin tidak nampak kesannya di dunia namun yakinlah bahawa doa  itu nanti bakal terhimpun dalam timbangan kebajikan dan menjadi pemberatnya di akhirat kelak jika amalmu tidak mencukupi.
ALLAH sesekali tidak akan memungkiri janjiNYA. Hakikatnya jika doamu termakbul di dunia, anda akan gembira. Begitu juga jika doamu belum terlaksana, anda tetap akan menerima bahagianya di akhirat kelak. Amin!

kredit : Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman

P/S :  Anakanda kesayangan bonda...
          Ketika anakanda minum air yang panas maka
          anakanda dengan berat akan mengatakan "Alhamdulillah"
          tetapi ketika anakanda minum air yang dingin maka
          semua organ dalam tubuh anakanda akan mengatakan
          "Alhamdulillah!"
          Renung-renungkanlah kata-kata ini agar dapat menambah ilmu anakanda

Wednesday, 20 June 2012

Sesekali kenangan itu datang...

Rumah Atuk Lias dan Atuk Siti di Parit Kancil, Bakri, Muar, Johor.
Sesekali apabila kenangan itu datang, aku jadi teramat rindu. Di sinilah aku membesar. Aku duduk bersama atuk sewaktu aku baru masuk Darjah Dua selepas abah dan mak aku berpisah. Di bawah rumah itulah aku selalu bermain congkak bersama kakak dan abang aku. ,~ ~,
Pasar Awam Maharani, Muar, Johor.
Sesekali apabila kenangan itu datang... aku jadi teramat rindu. Pasar ini banyak meninggalkan kenangan aku dan suamiku dengan arwah mak aku. Selalunya jika kami balik bercuti, arwah mak akan mengajak kami ke sini untuk membeli ikan mayung kegemarannya (aku juga). Mak aku akan masak ikan mayung asam pedas yang paling hebat di dunia ini. Tetapi sekarang.... (maaf yek, hujan sekejap)... aku tak akan dapat merasa air tangan mak lagi. Makkkk....!!!
Bandar Muar
Sesekali apabila kenangan datang... aku jadi teramat rindu. Jalan inilah yang akan aku lalui jika sesekali aku pulang ke Muar. Sarapan pagi orang Muar yang paling popular adalah Satey dan Mee Bandung Muar. Kalau tidak percaya, datanglah ke Muar.
Mee Siput Goreng
Sesekali apabila kenangan datang... aku jadi teramat rindu. Inilah makanan kegemaran aku waktu kecil. Mee siput (itu panggilan di kampung aku) tetapi di Perak depa kata mee sanggul. Di kampung aku ada sorang atuk ni yang jual mee siput. 20 sen satu. Sambal dia... fuhh... best giler. Bercerita tentang mee siput ni, terliur pulak aku.
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Muar
Sesekali apabila kenangan datang... aku jadi teramat rindu. Di sekolah inilah aku menimba ilmu. Di sebelah kanak adalah Sekolah Rendah Kebangsaan Convent dari 1979 hingga 1983 (aku bersekolah dari Darjah 2 Biru - Darjah 6 Biru). Di sebelah kiri pula adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent dari 1984 hingga 1988 (dari Form 1 - Form 5) Selalunya jika ada aktiviti, aku akan stay kat sekolah dan lepak kat hall yang ada tulis Dewan Budaya. Selalunya aktiviti sukan. Pada masa itu rumah sukan ada 4 sahaja iaitu Rumah Intan (Kuning), Rumah Mutiara (Biru), Rumah Delima (Merah) dan Rumah Zamrud (Hijau). Aku dalam pasukan Rumah Mutiara. Banyak kenangan aku kat sekolah ni... Rindunya!
Aku masih ingat lagi lagu sekolah yang akan dinyanyikan setiap kali ada perhimpunan. Tajuknya..

"From Each Her Best".
Through the school gates in the morning
as the bell rings out for class
all in the blue and white you see us
as in doubles file we pass.
As the years slip by in studies
busy hours of work and play
as we learn the greatest lessons
how to live life's little day.

- chorus -
Keep the school tourch burning
through the days of learning
time is precious as the hours fly by so fast
Cheerfully, obeying, all together staying
one in spirit, one in heart
in our Convent school.

Through the sun may not be shining
there's a hidden silver trend
if you turn the dark clouds inside out
you'll find in the end.
In the search for truth and knowledge
happy hearted, light and free
strong in duty to our calling
 Loyal Convent Girl's will be.

Faithful to the pattern set us
in the years that follow on
we'll remember all the lessons
like a verse of some sweet song
all the hours we spent together
in the classroom, hall or field
and our hearts will turn as memories burn
dear Convent school to you.
Sekolah Menangah Kebangsaan Dato' Sri Amar DiRaja, Muar
Sesekali apabila rindu datang... aku jadi teramat rindu. Selepas habis Form 5 di Sekolah Convent, aku dapat tawaran ke Form 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sri Amar Muar, tahun 1989 - 1990. Di sekolah ini tak berapa banyak kenangan yang aku ada cuma sewaktu di sekolah ini aku telah memenangi Peraduan Menulis Skrip Drama Sejarah pada peringkat Kebangsaan. Dahsyat giler... aku tewaskan semua sekolah dalam Malaysia ni. Skrip aku juga dinobatkan sebagai skrip terbaik. Dan yang aku tak boleh lupa ada sorang cikgu tu, kalau tak silap aku namanya Cikgu Shamsuddin, ajar subjek Ekonomi (entah ada lagi atau tidak cikgu tu). Cikgu tu selalu panggil nama aku `budak baru' dan selalu suruh aku jawap soalan cepumasnya. Tu je le kenangan aku. (sedih le pulak...)
Alone
Aku teringat satu lirik yang dinyanyikan oleh Opick berjudul Maha Melihat. Liriknya betul-betul menyentuh dan menghiris naluri aku yang selalu dihimpit pelbagai kenangan.
"Andai bisaku mengulang waktu hilang dan terbuang,
 Andai bisaku kembali hapus semua pedih,
 Andai mungkin aku bisa kembali ulang segalanya,
 Tapi hidup takkan bisa meskipun dengan air mata."
P/S  :  Sesekali aku mengintai di balik awan...
           Aku bukannya insan yang petah berbicara melalui mulut tetapi
           meluahkan melalui tulisan. Segalanya jadi lebih mudah untuk
           diluahkan kerana pengalaman itu memberi erti pada hati & minda.

Tuesday, 19 June 2012

Umat Islam tidak perlu disusun...

Dalam satu program yang bertajuk `One Family' dari `Channel Online Islamik' (MAJD); speakernya, Dr Yahya AlYahya (Ketua CALL to Islam Committe Amerika Syarikat) mengatakan bahawa umat Islam tidak pernah perlu diatur. Mereka hanya perlu yakin sahaja. Beliau menceritakan kisah berkenaan seorang bukan Islam (Non-Muslim) Amerika Syarikat yang sedang berbincang dengannya mengenai Islam sambil Dr Yahya menonton secara langsung siaran dari Kaabah di TV.
 

Orang Amerika Syarikat sangat kagum tentang bagaimana sebegitu ramai orang di Masjidil Haram (lebih daripada 3 juta umat Islam) berada di sana pada malam terakhir bulan Ramadhan; begitu sesak sehingga tidak teratur.
Dr Yahya bertanya pada Non-Muslim itu... "Berapa lama anda fikir mereka akan turun untuk menyusun dalam barisan dan mula solat?"
Non-Muslim itu menjawab... "Dua atau tiga jam."
Dr Yahya berkata... "Tetapi Masjidil Haram dari Kaabah ada 4 tingkat."
Non-Muslim itu menjawab... "Oh, itu akan memakan masa 12 jam untuk mengatur mereka."
Dr Yahya berkata lagi... "Anda mesti ingat bahawa mereka berasal dari negara-negara di seluruh dunia dan dengan bahasa yang berbeza."
Non-Muslim berkata pula... "Hal ini sangat mustahil untuk mereka menyusun barisan dengan apa cara sekalipun."
Kemudian tiba waktu solat dan Imam berkata... "Estawod! (Tetapkan dirimu!)"
Dan dalam beberapa saat sahaja, seluruh pemandangan berubah dan berkerumun 3 juta umat Islam lalu menetapkan diri sendiri dalam barisan dengan teratur dan lebih baik dalam masa beberapa saat sahaja itu.
Orang Amerika Syarikat menatap kaca TV itu untuk beberapa saat dan kemudian kedengaran dia berkata... "Ash-hadu Allah illaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammad Rasulullah."

Kredit : Isuhangat

P/S  :  Takbir (3 kali)
           Hasbi rabbi jallallah...
           Ma fi qalbi ghayrullah...
           Nur Muhammad Sallallah...
           La illaha illallah....