(Kenangan bersama abang dan kakak di rumah Embah di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, 1972)
- Pernah berus gigi sewaktu rehat di sekolah rendah? Hmmm... mesti anda ingat pegang cawan yang warna-warni sambil mencangkung kat tepi parit bersama dengan classmate dan bestfriend anda.
- Ingat lagi tak sewaktu jururawat kat sekolah masuk ke kelas dengan senarai nama temujanji untuk berjumpa dengan doktor gigi? Selepas tu, bunyi gigi member kita kena gerudi kat bilik sebelah mebuatkan jantung kita macam nak meletup. Kalau ada gigi yang berlubang, alamatlah kena tampal.
- Rasanya, tentunya anda ingat sangat waktu ini, program minum susu di sekolah untuk menggalakkan bebudak sekolah waktu itu minum susu. Sekotak harganya hanya 30 sen jer.
- Cikgu-cikgu pula kalau hendak mendenda pelajar mesti guna pembaris panjang warna kuning untul pukul tapak tangan.
- Mee sup semangkuk pun harganya 30 sen juga di kantin sekolah.
- Hankyu Jaya, Yaohan adalah merupakan shopping kompleks yang popular pada zaman aku dahulu tetapi shopping kompleks ini hanya ada di Kuala Lumpur sahaja.
- Sewaktu sekolah menengah pula, tentunya anda masih ingat dengan kasut sekolah jenama Bata. BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut sekolah high-cut buatan China dan ada pula yang suka pakai stokin tebal.
- Internet? E-mail? Apa benda semua itu? CD? Apa tu? Kaset tape adalah pernah dengar.
- Tiket wayang pun harganya RM5 jer.
- Kalau kita pergi kedai runcit, tentunya kita beli Chikerdis, Mamee, Kum Kum, O-Ya, Ding Dang, rokok Chewing Gum, KiKi Bubble Gum. Yang tak dapat dilupakan `tikam'.
- Apabila dah habis exam, main Monopoly, Donkey, Happy Family dalam kelas.
- Tetapi yang paling ditunggu sekali ialah bunyi loceng yang menandakan sekolah tamat dan boleh beli ais-krim dengan apek kat luar pagar sekolah.
- RMT (Rancangan Makanan Tambahan) mesti tak boleh dilupakan kerana dapat keluar rehat awal.
- Permainan kegemaran baling selipar, main guli, batu seremban, ceper (penutup botol), batang ais-krim, biji asam jawa, 123, Polis & Sentry, kejar-kejar lepas tu duduk dan galah panjang.
- Waktu dahulu kalau dah penat main, kita hilangkan dahaga dengan ais-krim 10 sen (ais-krim Malaysia).
- Lipat-lipat kertas kecik-kecik lepas tu buat lastik. Hmm... baling-baling kapur pun kita ada main juga sampai kena denda berdiri di hadapan kelas oleh cikgu.
- Dia orang sekarang mana ada dengar lagu `We Are The World', Uptown Girl - yang dia orang tahu Westlife yang nyanyi bukannya Billy Joel nyanyi.
- Bagi dia orang hanya ada 1 jer Jerman kat dunia ni dan hanya ada satu jer Vietnam.
- AIDS hanya wujud sejak dia orang lahir.
- MJ (Michael Jacksons) dah putih dah waktu tu.
- Dia orang percaya Spiderman dan Incredible Hulk tu filem baru.
- Dia orang tak boleh bayangkan skrin hitam putih untuk sebuah komputer. Dia orang tak percaya ada TV hitam putih dan dia orang tak reti nak switch on TV kalau tak ada remote control.
- Dia orang tak pernah tahu pun `Atan' dengan Game & Watch.
- Dia orang tak faham bagaimana kita boleh survive di universiti tanpa handphone.
Mari kita post-mortem, adakah kita ni dah tua ataupun belum...
- anda faham apa yang anda baca kat atas ni dan pastinya anda tersenyum sorang-sorang mengenang kenangan silam
- kebanyakan kawan-kawan anda di sekolah menengah kita dah kahwin
- anda mesti pelik apabila tengok budak-budak kecil sekarang main komputer selamba sahaja
- kita pastinya geleng kepala apabila tengok budak-budak sekolah guna handphone
- kita dah tak banyak sembang-sembang dengan member kat telefon lagi
- apabila jumpa membar lama, seronok sembang cerita-cerita lama
- last sekali apabila anda dah terbaca artikel ini, pastinya anda terfikir untuk `forward'kan kepada member-member lain.
apabila tengok TV RTM ialah `Maaf - Rancangan Tergendala Sebentar'.
No comments:
Post a Comment